Sunday, October 18, 2009

SAH ATAU TIDAK MENGGUNAKAN MINYAK WANGI BERALKOHOL DALAM SOLAT

Menurut Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri dalam Harian Metro, Penggunaan minyak wangi yg mengandungi alkohol dibenarkan dengan syarat kadar kandungan alkohol yg sedikit dan tidak membahayakan. Sekiranya kadar kandungan alkohol tinggi dan membahayakan, ia sewajarnya tidak digunakan kecuali terdesak (darurat).

Menurut JAKIM : Minyak wangi beralkohol harus digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yg terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yg najis.

Menurut JAIS: Sah, tetapi perlu dipastikan dahulu minyak wangi itu tidak diperbuat daripada najis atau benda yg haram.

Menurut JAKIM: Alkohol merupakan satu cecair yg dijadikan sebahagian campuran bahan dalam minyak wangi dan minuman keras ataupun ubat-ubatan. Alkohol adalah tidak najis dan boleh digunakan di dalam solat jika kandungan alkohol tersebut dalam kadar yg sedikit dan tidak boleh dipisahkan dengan bahan asli. Alkohol yg diproses bagi menghasilkan arak adalah najis dan haram.

Mengikut Mazhab: Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama' menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yg memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia di ambil dari ayat al-Quran yg menyebut:

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rjis') dari hasil kerja Syaitan" (Al-Maidah: 90)

Dan dari hadith Abu Tha'laba al-Khushani dalam sahih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kamimakan dan minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas: "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya."

Imam An-Nawawi (Syarah Sahih Muslim) dan Imam As-Shawkani (Naylul Awtar) menyebut "maksud larangan makan menggunakan bekas2 mereka menunjukkan apa yg mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kerana ia dihukun sebagai najis."

0 comments: