Thursday, October 15, 2009

PENTINGNYA BEROGANISASI SEMASA BELAJAR

Islam bukan sahaja menekankan kepada umatnya supaya semata-mata berilmu, bahkan hendaklah menunaikan hak ilmu tersebut dengan amalan dan menyampaikannya kepada orang lain. Islam juga menghendaki penganutnya supaya bekerja dalam sebuah organisasi yang kukuh serta mempunyai misi dan visi (wawasan) dalam perjuangan.Bekerja dalam sebuah organisasi adalah merupakan suatu persediaan awal untuk kita mempelajari bagaimana kaedah-kaedah bekerja dalam usaha untuk memahirkan diri kita bagi berdepan dengan masyarakat di medan yang sebenarnya nanti.

Terdapat pandangan sesetengah golongan pelajar yang tidak mahu berorganisasi dengan alasan untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran semata-mata. Mereka berhujah, sekiranya mereka terlibat dalam mana-mana organisasi akan menyebabkan mereka tidak ada masa bagi membaca dan mengulangkaji pelajaran. Kita nyatakan kepada mereka, adakah mereka akan menghabiskan sebahagian besar dari masa pembelajarannya untuk tujuan tersebut tanpa ada usaha untuk bergaul dengan masyarakat pelajar yang lain melalui penglibatan mereka dalam organisasi.Sejarah telah membuktikan bahawa mereka yang terlibat dalam organisasilah yang kebanyakannya terkedepan dalam pelajaran. Antara mereka yang dimaksudkan adalah Dr. Abd Aziz Hanafi, Dr. Harun Taib, Us. Abd. Ghani Shamsuddin, Dr. Yusof Noor dan beberapa tokoh yang lain. Mereka bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga cemerlang dalam organisasi semasa mereka di universiti dulu.

Adapun kata-kata Saidina Umar : (تفقهوا قبل أن تسودوا )tidak boleh dijadikan alasan untuk lari dari organisasi. Sebaliknya, hendaklah kita memahami apakah maksud sebenar dari athar ini. Tafaqquh dalam athar ini memberi makna yang luas. Begitu juga dengan perkataan (تسودوا ). Pemimpin yang dimaksudkan ini ialah pemimpin dalam erti kata yang sebenarnya iaitu pemimpin negara atau daulah. Manakala tahap kita sekarang ialah dalam skop dan ruang lingkup yang kecil sahaja. Apa yang penting pada kita ialah hendaklah kita pandai membahagikan masa di antara pelajaran dan kerja-kerja organisasi.Bayangkanlah apakah yang akan berlaku sekiranya semua pelajar beralasan tidak mahu berorganisasi? Siapakah yang akan memegang tampuk organisasi pelajar sekarang? Siapakah yang patut disalahkan sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk menyusun satu sahaja program kecil di kampung kita nanti bila kita diberikan tanggungjawab oleh masyarakat tempat nanti.

2 comments:

syazwani said...

memang x dpt dinafikan pentingnya berorganisasi semasa belajar. Namun, sebagai seorang pelajar, kita haruslah pandai membahagikan masa dengan sebaiknya.

chipsSue said...

yeah...berorganisasi semasa belajar mmg penting utk melatih mahasiswa sebelum memasuki alam pekerjaan nanti.