Tuesday, October 20, 2009

Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan blog ini dengan jayanya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Zulkiple Bin Abd Ghani kerana telah memberi peluang kepada kami pelajar Jabatan Dakwah dan Kepimpinan tahun tiga untuk mencipta dan membangunkan satu blog sendiri, bagi mendedahkan pelajar kepada dunia ICT sejajar dengan perkembangan teknologi sekarang yang serba canggih dan moden.

Blog yang telah saya cipta ini iaitu 2 one 1 adalah blog yang berkonsepkan dakwah, sesuai dengan bidang yang saya ceburi sekarang iaitu dakwah & kepimpinan. Saya memilih nama 2 one 1 kerana ia agak sempoi didengar dan untuk menarik minat pembaca agar menerokai apa yang ada di dalamya. Dalam blog ini juga saya telah memasukkan beberapa isu yang sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dalam menjalani kehidupan seharian.

Dengan adanya isu-isu tersebut, saya berharap agar pembaca dapat memperolehi sedikit sebanyak ilmu di dalam blog ini kerana yang baik itu datangnya dari Allah s.w t dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.

0 comments: