Sunday, October 18, 2009

Bolehkah masjid diguna sebagai pentas politik?

Dalam mebincangkan isu agama dan politik, apa yg cuba dibawa oleh beberapa organisasi pemerintahan dan cuba disemarakkan oleh penganut sekularisme serta didamkan oleh mereka ialah: Menghalang (kelompok pejuang Islam) drpd menubuhkan parti politik. Mereka mengharamkannya ke atas umat Islam secara mutlak dengan berhujahkan dalil2 yg lemah, pada realitinya hanyalah tipu helah dan syubhat.

1. Mereka berhujah: Agama sesuatu yg suci, mulia sehingga tdk layak utk dikotori oleh politik. Oleh kerana itu tidak boleh ditubuhkan sebuah parti politik atas asas agama.

2. Sekiranya dibenarkan pembentukan parti politik yg berteraskan agama, maka org yg memandunya sudah pasti merasakan, mereka memerintah atas nama ketuhanan. Justeru, tdk boleh ada di kalangan manusia yg boleh menghalangnya. Jika tidak, org tersebut akan menjadi seorang yg kufur atau fasiq.

3. Sekiranya dibenarkan orang Islam menubuhkan parti Slam, maka sudah pasti wajib bagi sebuah negara seperti Mesir membenarkan org Qibti (kaum Kristian Mesir) menubuhkan parti Kristian. Perkara ini akan menyebabkan perang kelompok yg akan menyebabkan pelbagai masalah dan fitnah.

4. Parti Islam sudah pasti akan menggunakan masjid2 utk tujuan dakwah politik, sedangkan ia tdk digunakan oleh parti politik lainnya. Hujah seperti ini sudah pasti merupakan hujah yg tertolak dan tdk mampu utk dijadikan sbg neraca timbangan. Ini kerana:

  • Kepercayaan polituk adalah sesuatu yg kotor, keji dan najis yg ditinggalkan oleh syaitan, satu kepercayaan yg tdk berdiri di atas asas agama dan ilmu. sekiranya politik ditakrifkan sbg: satu proses pemikiran yg berlaku utk mentadbir dan menyusun kehidupan manusia sesuai dgn maslahah dan kepentingan mereka serta membawa mereka meningkatkan kehidupan sesuai dgn syariat, atau dgn takrif lain. Politik adalah setiap pekerjaan yg memandu manusia ke arah kebaikan dan menjauhkan mereka dari keburukan, maka ia secara individu (zatnya) bukanlah sesuatu yg kotor, keji, apatah lg menjadi sesuatu yg haram, tetapi sebaliknya kekotoran dan kekejian itu berpunca daripada jiwa org yg mengeksploitasi politik utk tujuan yg haram, utk mewujudkan kemungkaran di atas muka bumi serta permusuhan di kalangan hamba Allah. Kita tlh melihat betapa ramai di kalangan pemimpin politik dan pemerintahan yg berjaya mendirikan keadilan dan memperjuangkan kebenaran serta menyeru kepada kebaikan. Akhirnya dikurniakan Allah s.w.t dgn kehidupan yg baik utk negara dan bangsa dgn sebab keadilan mereka itu.
  • Hujah yg menyatakan parti Islam yg ditubuhkan sudah pasti menganggap dirinya sbg wakil yg memerintah bg kerajaan Tuhan dan mereka akan mengeluarkan undang2 yg dianggap diterima dari langit (tanpa blh dipertikaikan oleh sesiapa sahaja), merupakan hujah yg tdk benar dan palsu. Sebuah parti politik tdk blh ditubuhkan melainkan slps mereka meletakkan perancangan dan dasarnya, meletakkan sasaran dan mesejny, menerangkan perancangan tujuan dan pendekatan mereka, serta mengemukakan manhajnya utk mengubah dan memperbaiki masyarakat dari sudut yg pelbagai: Ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan, politik, akhlak dan seumpamanya.
  • Dakwaan membenarkan umat Islam membentuk parti politik akan menyebabkan golongan lain erta kaum Qibti turut sama menubuhkan parti politik adalah satu dakwaan yg lemah. Apakah yg menjadi halangan utk golongan seperti Qibti ini menubuhkan parti mereka secara terang-terangan, daripada mereka dituduh dgn tuduhan mengamalkan politik secara tersembunyi di dalam gereja tanpa kelulusan utk menubuhkan parti.
  • Dakwaan parti Islam akan menggunakan masjid sbg pentas utk menyebarkan fahaman politik mereka merupakan satu dakwaan yg tdk boleh diterima. Ini kerana masjid bukan sekadar utk golongan yg memperjuangkan Islam semata2 bahkan ia adalah utk kegunaan seluruh kaum Muslimin. Oleh itu, menjadi satu kewajipan utk menghalang masjid drpd digunakan utk menyebarkan fahaman peribadi, atau individu tertentu. Tetapi kita tdk blh menghalang masjid mahupun khatib drpd mendukung prinsip2 yg diperjuangkan oleh syariat Islam, atau menghalang mereka menolak prinsip yg ditolak oleh syariat secara rambang.

0 comments: