Sunday, October 18, 2009

Anggun Bergaya Hanya Wanita

Setiap wanita pasti tdk mahu ketinggalan utk tampil cantik, anggun dan bergaya. Lazimnya fesyen baju menjadi tumpuan utama bg kebanyakan wanita utk menonjolkan gaya diri. Namun, lain bg wanita bertudung krn selain busana yg indah , pemakaian tudung jg harus diberi perhatian utk menyerlahkan imej wanita Islam. Menyedari keperluan wanita bertudung, butik pakaian Muslimah Hajaba, menyediakan himpunan tudung dan pakaian wanita khusus kpd golongan bertudung yg ingin tampil bergaya tetapi masih menutup aurat.

Hajaba terkenal dgn koleksi tudung drpd percikan rona malar segar. Koleksinya pelbagai iaitu Anak Tudung, Tudung Mini, dan Midi Button, Tudung Pusing Bujur, Tudung Tiga Segi, Selendang Panjang dan Tudung Siti yg dihasilkan drpd seleksi fabrik berkualiti tinggi yg dibeli oleh pemilik Hajaba, Mona Din di luar negara.

Hajaba turut mempunyai 'trademark' tersendiri iaitu menjadi pengeluar tudung pertama di negara ini yg memperkenalkan konsep tudung 'butang' bg koleksi Tudung Mini dan Midi. Tudung Mini dan Midi Button antara rekaan eksklusif Hajaba yg digemari. Jika digayakan, Tudung Mini ini bersaiz sederhana dan terletak di atas paras dada, manakala Tudung Midi mempunyai paras lebih labuh dan menutupi dada.

Kedua2 rekaan ini dilengkapi butang yg tersedia jahit di belakang tudung. Ia boleh dikenakan dlm 2 cara, sama ada berbutang utk mendapat kemasan di bahagian leher atau tidak berbutang iaitu tudung kelihatan lebih berkembang. Kedua2 rekaan Tudung Mini dan Midi ini praktikal dipakai, khususnya bg wanita berkerjaya yg inginkan pemakaian tudung yg cepat, kemas dan masih mengekalkan imej profesional.

Antara keistimewaan lain koleksi tudung Hajaba, ia boleh disuai padan antara satu sama lain, terutama Anak Tudung.Tudung Siti Hajaba tampil eksklusif dgn kedutan di bahagian depan tudung yg menyerlahkan lg sifat feminin si pemakai. Ia boleh digayakan dlm 3 cara iaitu dipakai tanpa anak tudung, dipakai bersama anak tudung atau di pakai bersama Tudung Mini atau Mini Button.

0 comments: