Sunday, October 18, 2009

PAKAIAN HALAL VS HARAM

Hari ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yg kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli belah, menziarah seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yg berusia. Biasanya kita memilih pakaian yg paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita da identiti tersendiri. Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yg kita pakai sangat kuat terikat dgn keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yg bermaksud:"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak2 perempuan serta perempuan2 beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai utk mereka dikenali (sebagai perempuan yg baik) maka dgn ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Ahzab: 59)

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tak ikut juga dah dikira lawan tauke. Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yg nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran. Remaja2 diluar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini. Selain pakaian yg jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yg berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'. Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yg bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat. Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yg berpakaian ketat dan tidak kurang yg berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quater' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yg dialu-alukan. Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak2 dan remaja. Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Ini jelas dinyatakan dalam sesebuah hadis Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yg menyerupai wanita dan wanita yg menyerupai lelaki."

Ada pula yg berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekaligus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam. Ada pula yg berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata2 itu sgt tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik2.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain2 tempat, malah di tempat tertentu dan org tertentu sahaja. Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dgn org lain.

Ada pula yg berkata 'ikut fesyen moden dgn seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.' Aduhai remaja, jgn rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat madu sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok sahaja. Kalau dpt kahwin pun tak lama putus ditengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.

1 comments:

assyifa khumaira said...

Remaja zaman skang ni memang macam itu lagipun ini dunia akhir zaman.Dunia dah nak kiamat ramai yang buka aurat dari tutup aurat sama2 lh kie berdoa agar anak muada zaman sekarang mendapat hidayahh.