Ketahuilah anakku, jika sampai kepadamu suatu nasihat yang bersumber dari sana, maka engkau tidak perlu ragu-ragu terhadapnya,. Jika nasihat itu belum sampai kepadamu, katakanlah kepadaku apakah hasil yang telah kau capai selama ini?
Ilmu tanpa amal adalah perbuatan sia-sia. Ilmu juga perlu disertakan dengan ketakwaan. Sekiranya ilmu dianggap mulia tanpa taqwa, tentulah makhluk yang paling mulia adalah iblis, seperti mana yang tertulis dalam sebuah syair: Seandainya ilmu tanpa taqwa dianggap satu bentuk kemuliaan, tentulah makhluk yang paling mulia adalah iblis.
Wahai anakku, semaklah bahagian daripada nasihat Rasulullah s.a.w ini:
"Tanda2 kebencian Allah s.w.t terhadap seseorang ialah apabila dia mensia-siakan waktu dengan melakukan hal-hal yang tidak berguna. Apabila umur seseorang berlalu tetapi dia tidak menggunakannya untuk melakukan ibadah yang diperintah Allah, maka pantas baginya menyesal sepanjang masa. Barang siapa yang telah berumur lebih empat puluh tahun sedangkan amal baiknya belum mengalahkan kemaksiatannya, maka hendaklah dia bersedia untuk masuk neraka".
Itulah nasihat yang mudah, yang sukar ialah yang menerimanya sebab nasihat itu akan terasa pahit bagi orang yang memperturutkan kehendak nafsunya. Dia lebih cenderung menyukai hal-hal terlarang. Apa lagi bagi golongan muda-mudi yang suka membuang masa mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Mereka menyangka tanpa amalan, ilmu pengetahuan pun akan dapat membawa kepada kebahagian dan keselamatan.
Nasihat Imam Ghazali lagi: Janganlah engkau hidup dalam keadaan miskin amal dan kehilangan semangat kerja. Tanamkan dalam dirimu, bahawa ilmu yang tidak disertai amal tidak akan menyelamatkanmu. Seseorang yang membaca buku tentang seribu masalah dan mempelajarinya dengan mendalam, tetapi apabila ilmu itu tidak diamalkan, maka ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat pun baginya. Seseorang yang diserang penyakit demam berdarah atau sakit kuning, hanya akan sembuh bila menuruti nasihat doktor dan memakan ubat yang diberikan. Dia tidak akan sembuh jika ubat itu tidak dimakan.
"Perhitunglah dirimu sebelum amalmu diperhitungkan. Dan timbanglah amalmu sebelum ditimbang di hari kiamat nanti."
Friday, September 11, 2009
NASIHAT DAN PESANAN IMAM GHAZALI
Posted by chipsSue at 9:56 AM
Labels: pendidikan anak-anak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
yup...nasihat yg amat berguna utk kte.sama2 la kte menghayatinya...
Post a Comment