Friday, September 11, 2009

ILMU WAJIB DITUNTUT

Mengapa ilmu wajib dituntut?Dan mengapa kita kini sering dipandang rendah oleh bangsa lain dan sering sahaja dipermain-mainkan dalam pelbagai lawak jenaka?

Seorang tokoh besar Yahudi telah menulis satu buku tentang cara2 untuk menjatuhkan Islam dan orang ramai bertanya adakah ini akan menyebabkan umat Islam tahu dan ini akan membahayakan. Maka, apakah jawapan si penulis tadi?'Jangan bimbang...orang Islam tidak membaca'.

Kita dicop sebagai satu bangsa yang jahil, tidak punya ilmu, malas dan amat mudah untuk dipengaruhi. Ini amat mendukacitakan buat umat di mana pemimpin besarnya adalah Nabi Muhammad s.a.w yang kaya dengan pelbagai cabang ilmu, kaya dengan peribadi yang mulia yang telah memberi kita panduan dari al-kitab dan as-sunnah akan tetapi kita jarang melihat dan mengikuti segala yang diberikannya sebagai panduan hidup.

Inilah yang menyebabkan kita sering terkebelakang dan kalah dengan bangsa-bangsa lain yang tidak bertuhankan Allah s.w.t dan tidak berasulkan Muhammad s.a.w yang agung. Ramai yang tahu dan sedar akan kepentingan ilmu kepada seseorang yang bernama manusia. Namun, ramai juga yang tidak pernah mengambil langkah serius dalam mempertingkatkan ilmu di dada. Mungkin kerana menyangka ilmu di dada sudah culup banyak atau berasa ilmu-ilmu lain yang tidak ada kena mengena dengan bidangnya, tidak penting dan tidak perlu untuk di ambil tahu.

Kita sering terlupa bahawa ilmu Allah s.w.t itu maha luas. Semakin banyak kita menggali, semakin banyak yang akan kita temui dan semakin banyak jugalah kita akan ketahui yang banyak lagi tidak kita tahu. Contohi tokoh-tokoh ilmuan Islam terdahulu seperti Al-Biruni, Shahrastani, Ibnu Sina, Ibn Hazam dan ramai lagi yang mana mereka bukan sahaja menguasai ilmu agama, bahkan turut turut menguasai ilmu duniawi.

4 comments:

DEEN said...

tuntut ilmu smp ke liang lahad eh..
bgs2..
slagi kita cri ilmu slagi 2 kta bru taw bnyak yng x taw lg..

chipsSue said...

yeah...ilmu penting dalam kehidupan kita.selagi kita cari ilmu Allah akan mempermudahkan jalan kte ke syurga.seperti mana janji Allah "barangsiapa yang menuntut ilmu Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga".

syazwani said...

ilmu pd tahap tertinggi ialah ilmu yg membawa kita kenal akan pencipta. oleh itu, tuntutlah ilmu...

chipsSue said...

yeah...ilmu penting dalam kehidupan kita.selagi kita cari ilmu Allah akan mempermudahkan jalan kte ke syurga.seperti mana janji Allah "barangsiapa yang menuntut ilmu Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga".