Thursday, September 17, 2009

PANDANGAN ISLAM TENTANG SUKAN

Bersukan bukanlah aktiviti yg asing bagi mereka yg mementingkan kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal bagi menghadapi musuh-musuh Allah. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yg menceroboh) segala jenis kekuatan yg dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yg lengkap sedia, (dengan persediaan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yg lain dari mereka yg kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahui dan apa sahaja yg kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

Selain itu terdapat hadith Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan oleh Muslim bahawa Allah s.w.t lebih menyukai mukmin yg kuat daripada mukmin yg lemah. Malah terdapat juga hadith Rasulullah s.a.w yg menggalakkan ibu bapa mengajar anak2 mereka berenang, memanah dan menunggang kuda. Hal ini turut diberi penekanan oleh Nasih Ulwan dalam bukunya "Tarbiyah al-Aulad" sebagai satu bentuk pendidikan awal kepada kanak2 dari sudut pembinaan kekuatan fizikal.
Oleh yg demikian, jelaslah bahawa Islam juga sangat menitikberatkan pembentukan jasmani yg sihat sejak kecil lagi kerana ibarat pepatah Arab ada menyebut 'al-aql salim fi jism as-salim' iaitu akal yg cerdas lahir dari badan yg sihat.

Menurut pandangan Islam bersukan amat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Bagaimanapun, terdapat syarat2 tertentu yg telah digariskan oleh Islam supaya tidak melanggar batas2 syarak ketika bersukan.

Pertama: Setiap perbuatan yg dilakukan hendaklah diniatkan ikhlas kerana Allah s.w.t demi menjaga nikmat kesihatan yg dikurniakan Allah s.w.t.
Kedua: Aktiviti sukan yg diadakan tidak boleh melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan.
Ketiga: Begitu juga dengan batasan aurat yg perlu dijaga antara mereka melalui cara pemakaian yg sesuai dan pergaulan.


Namun, fenomena yg berlaku dewasa ini memperlihatkan umat Islam yg terdiri daripada golongan atlet mahupun org awam sendiri tidak menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai Islam ketika bersukan. Sbg contoh, mereka masih mengenakan pakaian yg mendedahkan aurat seperti berseluar pendek dan ketat. Oleh yg demikian, satu anjakan paradigma perlu dilakukan bagi mengislahkan keadaan ini. Pakaian renang bagi bagi Muslimah yg telah pun dipasarkan antara alternatif terbaik bagi membolehkan Muslimah terlibat dgn sukan akuatik dan ini merupakan satu usaha yg harus dipuji dalam menerapkan nilai2 Islam yg bersifat syumul, dinamik dan fleksibel.

1 comments:

syazwani said...

memang tidak dapat dinafikan sukan sgt penting utk kesihatan (tambah2 utk org yg berdiet hehehe....Dgn bersukan kekuatan fizikal dpt ditingkatkan malah dalam al_Quran pun ada menyebutnya. kalau kte tgk skrang pelbagai sukan telah diperkenalkan malah sambutannya amat menggalakkan tp dari segi pakaian sukan amat mendukacitakan...