Friday, September 11, 2009

BEZA SISTEM PERBANKAN ISLAM DENGAN KONVENSIONAL

Dimanakah perbezaan antara sistem perbankan Islam dengan sistem perbankan Konvensional? Dalam banyak keadaan, pengguna seolah2 lebih dibebani berada dalam sistem Perbankan Islam. Mengapa ini terjadi?

Sistem perbankan Islam tidak terlibat dengan faedah seperti yang terkandung dalam sistem perbankan konvensional. Faedah ialah ‘bunga’ yang sering dikaitkan dengan riba, iaitu antara tujuh kesalahan dosa-dosa besar. Sebaliknya, dalam sistem perbankan Islam keuntungan diperkenalkan bagi mengelakkan riba.

Dalam banyak keadaan, kadang-kadang pengguna terus dibebani berada di bawah sistem perbankan Islam. Ini kerana sewaktu kadar faedah yang dikenakan oleh bank konvensional kepada peminjam-peminjamnya rendah, maka kadar keuntungan sistem perbankan Islam ada yang hampir menyamai jumlah pinjaman yang dibuat, dan adakalanya menyamai dari faedah yang dikenakan oleh sistem perbankan konvensional.

Segala kemungkinan ini berlaku kerana perbankan Islam menggunakan kaedah; kadar keuntungan tetap dari keseluruhan harga objek skim al-bai bithaman ajil berasaskan jumlah tahun pembayaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam menentukan kadar keuntungan. Sebaliknya bank konvensional menggunakan kadar faedah yang semakin berkurang ke atas jumlah pokok pinjaman yang semakin berkurangan ekoran pembayaran-pembayarab berkala yang telah dilunaskan (reducing balance) serta berasaskan kadar faedah yang diapungkan.

Adalah wajar bagi institusi kewangan mempertimbangkan untuk sama ada melaksanakan pembayaran kadar keuntungan berdasarkan kepada kaedah reducing balance dan adalah lebih baik sekiranya kadar keuntungan yang ditentukan jauh lebih rendah daripada kadar faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan konvensional dalam melaksanakan kontrak pinjaman.

8 comments:

syazwani said...

Tahniah kpd saudari,,,
sblm ini sy x tahu mengenai perbezaan atr sistem perbankan islam dgn sistem perbankan konvensional..

Imaginarys said...

bagaimana dengan perbezaan produk plak?

Imaginarys said...

bagaimana pulak dengan perbezaan produknya?

Najla said...

sy x faham lh .
b0leh terang dgn lebih lanjut x ?

Wanaa said...

mcmana dengan sistem kewangan malaysia ? apakah cabaran - cabaran yg wujud dlm sistem kewangan islam ..

Wanaa said...

mcmana dengan sistem kewangan malaysia ? apakah cabaran - cabaran yg wujud dlm sistem kewangan malaysia ??

orgkapak said...

adakah Pinjaman wang dalam sistem kewangan Islam bebas 100% dari Riba?

niezamoo said...

ISRA COLLOQUIUM 2012
Salam

“Islamic Finance in a Challenging Economy: Moving Forward”
Kuala Lumpur, Malaysia: October 10, 2012

Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah. TQ ;)

http://www.isra.my/events/current-event-2012/colloquium-2012/call-for-paper-english.html