Thursday, September 17, 2009

PANDANGAN ISLAM TENTANG SUKAN

Bersukan bukanlah aktiviti yg asing bagi mereka yg mementingkan kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal bagi menghadapi musuh-musuh Allah. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yg menceroboh) segala jenis kekuatan yg dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yg lengkap sedia, (dengan persediaan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yg lain dari mereka yg kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahui dan apa sahaja yg kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

Selain itu terdapat hadith Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan oleh Muslim bahawa Allah s.w.t lebih menyukai mukmin yg kuat daripada mukmin yg lemah. Malah terdapat juga hadith Rasulullah s.a.w yg menggalakkan ibu bapa mengajar anak2 mereka berenang, memanah dan menunggang kuda. Hal ini turut diberi penekanan oleh Nasih Ulwan dalam bukunya "Tarbiyah al-Aulad" sebagai satu bentuk pendidikan awal kepada kanak2 dari sudut pembinaan kekuatan fizikal.
Oleh yg demikian, jelaslah bahawa Islam juga sangat menitikberatkan pembentukan jasmani yg sihat sejak kecil lagi kerana ibarat pepatah Arab ada menyebut 'al-aql salim fi jism as-salim' iaitu akal yg cerdas lahir dari badan yg sihat.

Menurut pandangan Islam bersukan amat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Bagaimanapun, terdapat syarat2 tertentu yg telah digariskan oleh Islam supaya tidak melanggar batas2 syarak ketika bersukan.

Pertama: Setiap perbuatan yg dilakukan hendaklah diniatkan ikhlas kerana Allah s.w.t demi menjaga nikmat kesihatan yg dikurniakan Allah s.w.t.
Kedua: Aktiviti sukan yg diadakan tidak boleh melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan.
Ketiga: Begitu juga dengan batasan aurat yg perlu dijaga antara mereka melalui cara pemakaian yg sesuai dan pergaulan.


Namun, fenomena yg berlaku dewasa ini memperlihatkan umat Islam yg terdiri daripada golongan atlet mahupun org awam sendiri tidak menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai Islam ketika bersukan. Sbg contoh, mereka masih mengenakan pakaian yg mendedahkan aurat seperti berseluar pendek dan ketat. Oleh yg demikian, satu anjakan paradigma perlu dilakukan bagi mengislahkan keadaan ini. Pakaian renang bagi bagi Muslimah yg telah pun dipasarkan antara alternatif terbaik bagi membolehkan Muslimah terlibat dgn sukan akuatik dan ini merupakan satu usaha yg harus dipuji dalam menerapkan nilai2 Islam yg bersifat syumul, dinamik dan fleksibel.

TIADA KUASA HUKUM PONDAN

Sesuatu yang amat mengejutkan apabila Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyatakan, mereka tiada kuasa untuk mendakwa pondan di mahkamah. Menurut Pengarah JAIP, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman. JAIP kini masih mengemaskini undang-undang syariah di negeri tersebut termasuk tindakan penguatkuasaan terhadap golongan pondan. Selama ini JAIP hanya memberi nasihat kepada pondan-pondan yang ditangkap dalam operasi cegah maksiat.

Friday, September 11, 2009

ANCAMAN DARIPADA 14 TUNTUTAN IFC TERHADAP UMAT ISLAM

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

ILMU WAJIB DITUNTUT

Mengapa ilmu wajib dituntut?Dan mengapa kita kini sering dipandang rendah oleh bangsa lain dan sering sahaja dipermain-mainkan dalam pelbagai lawak jenaka?

Seorang tokoh besar Yahudi telah menulis satu buku tentang cara2 untuk menjatuhkan Islam dan orang ramai bertanya adakah ini akan menyebabkan umat Islam tahu dan ini akan membahayakan. Maka, apakah jawapan si penulis tadi?'Jangan bimbang...orang Islam tidak membaca'.

Kita dicop sebagai satu bangsa yang jahil, tidak punya ilmu, malas dan amat mudah untuk dipengaruhi. Ini amat mendukacitakan buat umat di mana pemimpin besarnya adalah Nabi Muhammad s.a.w yang kaya dengan pelbagai cabang ilmu, kaya dengan peribadi yang mulia yang telah memberi kita panduan dari al-kitab dan as-sunnah akan tetapi kita jarang melihat dan mengikuti segala yang diberikannya sebagai panduan hidup.

Inilah yang menyebabkan kita sering terkebelakang dan kalah dengan bangsa-bangsa lain yang tidak bertuhankan Allah s.w.t dan tidak berasulkan Muhammad s.a.w yang agung. Ramai yang tahu dan sedar akan kepentingan ilmu kepada seseorang yang bernama manusia. Namun, ramai juga yang tidak pernah mengambil langkah serius dalam mempertingkatkan ilmu di dada. Mungkin kerana menyangka ilmu di dada sudah culup banyak atau berasa ilmu-ilmu lain yang tidak ada kena mengena dengan bidangnya, tidak penting dan tidak perlu untuk di ambil tahu.

Kita sering terlupa bahawa ilmu Allah s.w.t itu maha luas. Semakin banyak kita menggali, semakin banyak yang akan kita temui dan semakin banyak jugalah kita akan ketahui yang banyak lagi tidak kita tahu. Contohi tokoh-tokoh ilmuan Islam terdahulu seperti Al-Biruni, Shahrastani, Ibnu Sina, Ibn Hazam dan ramai lagi yang mana mereka bukan sahaja menguasai ilmu agama, bahkan turut turut menguasai ilmu duniawi.

NASIHAT DAN PESANAN IMAM GHAZALI

Ketahuilah anakku, jika sampai kepadamu suatu nasihat yang bersumber dari sana, maka engkau tidak perlu ragu-ragu terhadapnya,. Jika nasihat itu belum sampai kepadamu, katakanlah kepadaku apakah hasil yang telah kau capai selama ini?

Ilmu tanpa amal adalah perbuatan sia-sia. Ilmu juga perlu disertakan dengan ketakwaan. Sekiranya ilmu dianggap mulia tanpa taqwa, tentulah makhluk yang paling mulia adalah iblis, seperti mana yang tertulis dalam sebuah syair: Seandainya ilmu tanpa taqwa dianggap satu bentuk kemuliaan, tentulah makhluk yang paling mulia adalah iblis.

Wahai anakku, semaklah bahagian daripada nasihat Rasulullah s.a.w ini:
"Tanda2 kebencian Allah s.w.t terhadap seseorang ialah apabila dia mensia-siakan waktu dengan melakukan hal-hal yang tidak berguna. Apabila umur seseorang berlalu tetapi dia tidak menggunakannya untuk melakukan ibadah yang diperintah Allah, maka pantas baginya menyesal sepanjang masa. Barang siapa yang telah berumur lebih empat puluh tahun sedangkan amal baiknya belum mengalahkan kemaksiatannya, maka hendaklah dia bersedia untuk masuk neraka".

Itulah nasihat yang mudah, yang sukar ialah yang menerimanya sebab nasihat itu akan terasa pahit bagi orang yang memperturutkan kehendak nafsunya. Dia lebih cenderung menyukai hal-hal terlarang. Apa lagi bagi golongan muda-mudi yang suka membuang masa mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Mereka menyangka tanpa amalan, ilmu pengetahuan pun akan dapat membawa kepada kebahagian dan keselamatan.

Nasihat Imam Ghazali lagi: Janganlah engkau hidup dalam keadaan miskin amal dan kehilangan semangat kerja. Tanamkan dalam dirimu, bahawa ilmu yang tidak disertai amal tidak akan menyelamatkanmu. Seseorang yang membaca buku tentang seribu masalah dan mempelajarinya dengan mendalam, tetapi apabila ilmu itu tidak diamalkan, maka ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat pun baginya. Seseorang yang diserang penyakit demam berdarah atau sakit kuning, hanya akan sembuh bila menuruti nasihat doktor dan memakan ubat yang diberikan. Dia tidak akan sembuh jika ubat itu tidak dimakan.

"Perhitunglah dirimu sebelum amalmu diperhitungkan. Dan timbanglah amalmu sebelum ditimbang di hari kiamat nanti."

BEZA SISTEM PERBANKAN ISLAM DENGAN KONVENSIONAL

Dimanakah perbezaan antara sistem perbankan Islam dengan sistem perbankan Konvensional? Dalam banyak keadaan, pengguna seolah2 lebih dibebani berada dalam sistem Perbankan Islam. Mengapa ini terjadi?

Sistem perbankan Islam tidak terlibat dengan faedah seperti yang terkandung dalam sistem perbankan konvensional. Faedah ialah ‘bunga’ yang sering dikaitkan dengan riba, iaitu antara tujuh kesalahan dosa-dosa besar. Sebaliknya, dalam sistem perbankan Islam keuntungan diperkenalkan bagi mengelakkan riba.

Dalam banyak keadaan, kadang-kadang pengguna terus dibebani berada di bawah sistem perbankan Islam. Ini kerana sewaktu kadar faedah yang dikenakan oleh bank konvensional kepada peminjam-peminjamnya rendah, maka kadar keuntungan sistem perbankan Islam ada yang hampir menyamai jumlah pinjaman yang dibuat, dan adakalanya menyamai dari faedah yang dikenakan oleh sistem perbankan konvensional.

Segala kemungkinan ini berlaku kerana perbankan Islam menggunakan kaedah; kadar keuntungan tetap dari keseluruhan harga objek skim al-bai bithaman ajil berasaskan jumlah tahun pembayaran yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam menentukan kadar keuntungan. Sebaliknya bank konvensional menggunakan kadar faedah yang semakin berkurang ke atas jumlah pokok pinjaman yang semakin berkurangan ekoran pembayaran-pembayarab berkala yang telah dilunaskan (reducing balance) serta berasaskan kadar faedah yang diapungkan.

Adalah wajar bagi institusi kewangan mempertimbangkan untuk sama ada melaksanakan pembayaran kadar keuntungan berdasarkan kepada kaedah reducing balance dan adalah lebih baik sekiranya kadar keuntungan yang ditentukan jauh lebih rendah daripada kadar faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan konvensional dalam melaksanakan kontrak pinjaman.

Wednesday, September 9, 2009

CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

1. Keluarga yg dibina di atas prinsip2 Islam; rabbani, menghormati hak dan kebebasan individu yg dikawal oleh ajaran Islam, mengamalkan persamaan status manusia kecuali yg telah ditentukan berbeza oleh Islam, melaksanakan keadilan, musyawarah dan mendukung perdamaian sejagat.

2. Dapat menyempurnakan rukun2 keluarga; sakinah, muwaddah dan rahmah. Rumahtangga mestilah mampu menjadi tempat tinggal yg menenangkan, tempat membina rasa cinta dan kasih sayang sesama keluarga dan menjadi sumber memupuk rasa belas kasihan dan tanggungjawab.

3. Dapat memainkan peranan sebagai institusi mendidik anak2 sehingga mereka menjadi generasi yg muttaqin, amilin, solihin, muslihin dan layak memikul tugas sebagai hamba Allah.

4. Dapat memenuhi objektif perkahwinan:

i. Untuk memenuhi tuntutan kepuasan naluri seksual sebagai satu cara yg dapat mengurangkan ketegangan saraf yg mengesani ketenangan jiwa dan emosi manusia.

ii. Untuk menjamin pembiakan keturunan manusia secara yg sah daripada sudut agama dan undang2 serta mulia dari sudut pandangan masyarakat manusia yg normal.

iii. Menentukan supaya keturunan manusia dapat disahkan, memelihara status rumahtangga, hubungan keakraban yg harmoni, erat dan mesra.

iv. Menjamin keredhaan, rahmat dan restu Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah....akhirnya berjaya juga akue menyiapkan 2 one 1 ini...suke sgt hahaha....=)) mesti ramai tak tahu kan apa maksudnye...xpe lah nanti la akue cite ek....Syukran kepada semua sahabat-sahabat yang sudi membantu dan mengajar samada secara langsung ataupun tidak langsung sehingga lahirlah 2 one 1 akue yang tak seberapa ini....semoga ALLAH membalas segala jasa baik korang sume yek....sama-samalah kite berjuang menegakkan tali Allah...INSYAALLAH..Amin.